Cara hubungi GXBank bila FlexiCredit bermasalah
Untuk soalan FlexiCredit, PDS senaraikan hotline +603 7498 3188 dan emel ask@gxbank.my. Dalam app pula ada bahagian Get help. Sediakan maklumat lengkap supaya masalah selesai dalam satu panggilan.
- Hotline
- +603 7498 3188
- Emel
- ask@gxbank.my
- Dalam app
- Me → Get help
- Eskalasi
- BNMLINK 1-300-88-5465
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 3
Ikon ? di skrin utama
Cara paling cepat: tekan ikon tanda soal di atas kanan skrin utama. Ikon loceng sebelah dia pula untuk notifikasi, termasuk peringatan ansuran.
- Tekan ikon "?"
- Langkah 2 / 3
Atau: tab Me → Get help
Scroll ke bawah dalam tab Me. Bahagian About Us ada Get help. Terms and Conditions untuk FlexiCredit pun ada di sini.
- Tab "Me"
- Tekan "Get help"
- Langkah 3 / 3
Hotline, emel, AKPK dan BNMLINK dalam PDS
Bahagian bawah PDS senaraikan saluran rasmi: telefon +603 7498 3188, laman gxbank.my/flexicredit dan emel ask@gxbank.my. Atas dia ada AKPK (03-2616 7766) untuk bantuan hutang percuma, dan Bank Negara (BNMLINK 1-300-88-5465) kalau aduan korang tak diselesaikan dengan memuaskan.
- Hotline, laman dan emel GXBank
- AKPK dan BNM
Senarai semak sebelum hubungi FlexiCredit
Hi GXBank, Saya nak tanya pasal FlexiCredit. Masalah: [contoh: ansuran bulan Oktober dah ditolak, tapi app masih tunjuk tertunggak]. Tarikh / jumlah: [contoh: 12 Okt 2026, RM264.98]. Yang saya dah cuba: [contoh: semak Transactions, log keluar dan masuk semula]. Saya lampirkan screenshot. Terima kasih.
Hotline, emel, AKPK dan BNMLINK diambil dari Lembaran Maklumat Produk FlexiCredit (setakat 3 Jun 2026). GXBank tak akan minta PIN atau OTP korang melalui panggilan, SMS atau WhatsApp. Kalau rasa akaun terdedah, guna "Lock account" dalam app serta-merta.
FlexiCredit ialah pinjaman peribadi tanpa cagaran. Korang wajib bayar balik ansuran setiap bulan dengan faedah. Lewat bayar kena caj 1% setahun atas tunggakan dan boleh jejaskan rekod kredit (CCRIS). Ini perkongsian maklumat oleh daus, bukan nasihat kewangan.