Keselamatan akaun GXBank: PIN, GXsecure dan kunci akaun
Akaun yang ada had kredit jadi sasaran scammer, sebab mereka boleh buat drawdown dan pindahkan duit tu. Jadi kenal tiga benda ni: PIN 6 digit, GXsecure, dan butang Lock account.
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 4 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 3
Setiap kali buka app: PIN 6 digit
App GXBank minta PIN 6 digit setiap kali dibuka. Terlupa PIN? Tekan Forgot PIN di bawah. Butang Help? di atas kanan pula untuk bantuan sebelum log masuk.
- "Forgot PIN" kalau terlupa
- "Help?" sebelum log masuk
GXBank tak akan minta PIN atau OTP korang melalui panggilan, SMS atau WhatsApp. Sesiapa yang minta, itu scam.
- Langkah 2 / 3
Tab Me → bahagian My Security
Tekan tab Me di bawah kanan. Bahagian My Security ada empat pilihan: GXsecure, Remove account from device, Change PIN, dan Lock account.
- Tekan tab "Me"
- GXsecure
- Tekan "Change PIN" untuk tukar PIN
- Tekan "Lock account" kalau kecemasan
Rasa akaun terdedah, contohnya terbagi OTP atau tekan link pelik? Tekan Lock account dulu untuk bekukan akaun, lepas tu baru telefon GXBank di +603 7498 3188.
- Langkah 3 / 3
Semak had transaksi
Bahagian My Account ada Change limits. Letak had transfer harian yang rendah supaya kalau akaun diceroboh, jumlah yang boleh dipindah terhad.
- Tekan "Change limits"
FlexiCredit ialah pinjaman peribadi tanpa cagaran. Korang wajib bayar balik ansuran setiap bulan dengan faedah. Lewat bayar kena caj 1% setahun atas tunggakan dan boleh jejaskan rekod kredit (CCRIS). Ini perkongsian maklumat oleh daus, bukan nasihat kewangan.