Apa jadi kalau lewat bayar FlexiCredit, dan ke mana nak minta tolong
Bahagian ni yang paling ramai langkau bila mohon pinjaman, padahal inilah yang paling penting. PDS FlexiCredit senaraikan dengan jelas apa akan jadi kalau korang gagal bayar ansuran.
- Caj lewat
- 1% setahun atas tunggakan
- Duti setem
- Tidak dikenakan
- Bayar penuh awal
- Tiada penalti
- Bantuan hutang
- AKPK (percuma)
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 3
Yuran dan caj
Caj lewat bayar 1% atas jumlah tertunggak. Duti setem dan caj pengeluaran tidak dikenakan. Penyelesaian penuh awal boleh dibuat tanpa penalti melalui app GXBank.
- Caj: lewat bayar 1%, tiada duti setem
- Langsai awal tanpa penalti
- Langkah 2 / 3
Kalau gagal bayar (versi BM)
Empat akibat dalam PDS. Satu, caj lewat 1% setahun atas tunggakan, dari tarikh tertunggak sampai dibayar penuh. Dua, GXBank berhak tolak baki dalam akaun lain korang di GXBank untuk bayar tunggakan. Tiga, GXBank boleh guna agensi pihak ketiga untuk kutip hutang. Empat, tindakan undang-undang, yang boleh jejaskan penarafan kredit dan buat pinjaman akan datang lebih susah atau lebih mahal.
- Akibat gagal bayar
Maksud "set-off": kalau korang simpan duit dalam Pockets atau akaun utama GXBank, bank boleh ambil duit tu untuk tutup tunggakan pinjaman.
- Langkah 3 / 3
Terma utama lain dan AKPK
Tiada penjamin atau cagaran diperlukan. Bayaran lebih atas ansuran bulanan tidak dibenarkan, cuma penyelesaian penuh awal. Kalau susah bayar, hubungi GXBank secepat mungkin untuk bincang alternatif. Atau dapatkan khidmat percuma AKPK, agensi yang ditubuhkan Bank Negara untuk kaunseling kredit dan susun semula hutang (03-2616 7766, akpk.org.my).
- Terma utama, AKPK dan BNM
Tips daripada daus: set tarikh bayaran bulanan dekat dengan tarikh gaji masuk, pastikan akaun utama GXBank sentiasa ada baki cukup sebelum tarikh potongan, dan jangan drawdown lagi selagi ansuran sedia ada rasa berat.
FlexiCredit ialah pinjaman peribadi tanpa cagaran. Korang wajib bayar balik ansuran setiap bulan dengan faedah. Lewat bayar kena caj 1% setahun atas tunggakan dan boleh jejaskan rekod kredit (CCRIS). Ini perkongsian maklumat oleh daus, bukan nasihat kewangan.